Tuesday 1 December 2015

MATRIC LIFE: KEHIDUPAN DI MATRIKULASI


‘Boleh ke dari science stream nak amik account?’ ‘Tak susah ke? Dahla takda basic account’ ‘Takpe ke? kalau tak boleh bawak cane?’

 

Inilah antara soalan yang bermain dalam kepala otak alial sebelum masuk matrik dulu.

 

Oh sebelum tu nak bagitahu, alial dulu dapat Kolej Matrikulasi Perak (KMPk)! Ambilan kedua sesi 2014/2015.Masa sekolah dulu suka sains jadi amik science stream dan tak pernah langsung berminat pandang nombor nombor atau pun garis garis yang budak akaun buat tu.(serabut) hehe gurau gurau.Tapi aturan Allah tu hebat,masuk matrik dapat PERAKAUNAN. Ha yelah yang aku dok sebut serabut tadi.huhuhu

 

Sebelum masuk matrik alial masuk Form 6, ambil pure science juga.Masuk 2 minggu je,lepas tu keluar lepas dapat ambilan kedua matrikulasi.Masa tu alial mengalami krisis hidup (ewah) yelah taktahu hala tuju,yang mana betul mana salah. Tapi masa dapat tawaran matrikulasi tu,buat solat sunat istikharah.Allah kuatkan hati untuk masuk matriks. Jadi kita pun yang tak suka matematik, tak ada basic apa apa asas pengetahuan pengalaman segala yang berkaitan dengan PERAKAUNAN ni pun main redah je masuk matriks. Lagi lagi selalu failed matematik dengan matematik tambahan tu. Masa tu fikir

 

‘Ah redah je,Allah tolong’

 

Minggu pertama di matriks.

 

Kelas pertama dah tak pergi sebab taktahu(kikiiki). Matrikulasi ni sebenarnya fast track. Jadi siapa yang nak cepat habis degree sebab nak kawin cepat cepat ha masuk la matrik. Disebabkan masuk semasa ambilan kedua,masuk je kuliah dorang dah belajar sampai bab 3, kebanyakkan subjek dah sampai bab 3 atau bab 4.

 

Hah kau. Terduduk kat situ, tengok banyak sangat tutorial dan kuliah yang terlepas. Alhamdulillah, Allah bagi kekuatan untuk alial buat semua tutorial dan nota dari bab 1 dan buat muka tak malu pergi jumpa pensyarah minta tunjuk ajar.

 

Tupptaptuptap dah sampai UPS(Ujian Pertengahan Semester 1). HA LAJU EN HAHAH

 

Keluar result;3.58 (UPS 1) hehe semua A kecuali Maths C pastu Ekonomi B kot? Ha nampak tak betapa tak mesra alam aku dengan maths.

 

Lepas tu Peperiksaan Akhir Semester Matrikulasi 1(PSPM 1) result;4.00 Alhamdulillah

 

UPS 2;3.92 semua A kecuali……JENG JENGGG JENG MATHS AHHH!!!!! Hahahha macam biasa lah.

 

PSPM2-Result; 4.00

 

ALHAMDULILLAH. Bukan nak menunjuk. Cuma nak bagitahu kat adik adik yang kat luar sana yang nak masuk matrikulasi tapi cuak takleh bawak.

 

 

 

 

 

 

 

Pertama sekali,solat sunat istikharah. Benda simple lah kita buat kan? Mintak tolong Allah. Allah yang atur semua nya. Allah Maha mengetahui, so tanya lah Allah.

 

 

 

Kedua, sila buang pemikiran negative yang kita dapa masa sekolah sebab dimomok momok kan dengan orang sekeliling yang cakap ‘’WEH MATRIKS SUSAH GILA DO’’

 

Ya,Kita semua dah ada mentality yang matriks ni untuk bebudak pandai je. Awal awal lagi otak kita dah set benda benda yang negative.

 

Ketiga,sentiasa minta restu mak ayah. Sejujurnya, alial bukanlah solehah sangat. Tapi kita paling paling pun kenalah mintak maaf dan doa dari ibu ayah mak bapak mama papa umi abah daddy mummy  ha semualah. Sebelum exam, setiap pagi kalau rasa taknak call, WhatsApp je.

 

 

 

‘’Mak,akak ada exam ekonomi lepas ni, mak doakan akak tau’’

 

‘’Abah,akak ada exam harini, abah tolong doakan ye’’

 

Simple,tapi kita susah nak buat.

 

Keempat,jangan malu bertanya,buat je tutorial tu beribu kali (kalau sanggup). Hormat semua lecturer,kat KMPk tu semua lecturer baik baik, kalau pergi jumpa hari hari pun dorang lagi suka tau!

 

Kelima,jangan tinggalkan solat dan majlis ilmu yang blok atau masjid buat atas alasan nak study,ada kuiz dan sebagainya. Ambil lah peluang yang ada tu, pergi dengar ceramah, bersihkan sikit hati kita yang mudah benor gelap dek kerana banyak sangat benda lagha kita layan.Kan kalau hati bersih senang sikit nak terima ilmu kan? Semasa kat KMPk dulu, Masjid Al Maghfirah tu banyak anjurkan majlis majlis ilmu, siap jemput pencetus ummah dan pendakwah bebas yang famous lah. Jangan sesekali rasa buang masa atau tak sempat!! Ini serious talk weh! Allah tu pemilik segala yang berada di langit dan di bumi dan diantaranya. Masa tu milik Allah, kita pinjam je. Jadi, layakkah kita nak tinggalkan atau tangguhkan solat yand hanya tak sampai 10 minit tu,sedangkan kita ni pinjam je? Layakkah kita kata tak sempat pergi majlis ilmu sebab banyak tutorial,quiz dan sebagainya,sedangkan kita ni Cuma menumpang?

 

Layakkah?

 

Mestilah tak brader. Kita belajar dari pagi sampai lah ke petang hari ada class, kebiasaannya majlis ilmu dibuat pada malam hari, selepas maghrib atau isya’ apalah salahnya kita bahagikan sikit masa untuk Clorox hati kita yang kotor ni kan? Jangan berkira dengan Allah, kadang kadang kita duduk bilik niat je nak siapkan kerja. NIAT JER lepastu ha macam macam dugaan depan mata, dengan handphone, laptop,game,kawan ajak sembang, movie, Maggie?(eh)

 

Tunaikan hak Allah dulu, baru Allah tunaikan hak kita.

 

Keenam,jangan lupa baca Alquran dan Solat sunat taubat, Solat Sunat Hajat dan Solat sunat dhuha. Kalau tak mampu buat hari hari, buatlah 2 hari sekali ke, seminggu sekali pun cukuplah. Slow slow dulu.

 

 

 

Ketujuh, STUDY LAH WEI. Dah mintak tolong Allah tunjukkan jalan, kita pun kena start lah berjalan baru Nampak mana jalan yang Allah tunjukkan.Kalau kau dok tercongok je kat situ tak sampai lah ke destinasi yang kau nak. Ye dok? Sentiasa turun la study group yang dibuat. Cari cara yang korang selesa belajar, dalam group ke,cakap sesorang ke,buat mind map ke,tidur ke(AMBOI) hahah ha sebab lain orang lain cara dia dapat,cepat lambat tu tak kisah, yang penting kita usaha. Yang lain?

 

Kelapan,REDHA. Betul betul yakin yang tiada penolong lain yang sehebat Allah yang mampu ubah segalanya.Redha je.Kalau dapat syukur, kalau tak dapat pun bersyukur dan jangan putus asa.

 

Tuje.

 

Bukanlah duduk kat matriks ni tak boleh main game langsung, bukan kena belajar 24 jam je weh. Kita orang kat matrik ni pun ada life juga okay? Petang petang pergilah riadah, main basikal,bola ke badminton ke jogging ke. Pastu kalau weekend ha mula lah PESTA MOVIE DI BILIK JIRAN hahah. Takdelah se-scary(em manglish teruk nih) maksud saya,Takdelah teruk sngat kehidupan kat matrik, kadang kadang kita perlukan tekanan sebagai motivasi tau? Jadi kat Matriks ni tekanan dia sebab semua kena cepat, yelah kata nak cepat habis, tak sampai setahun pun sebenarnya 10 bulan je kita kat matriks.

 

Jangan takut lah ye? InsyaAllah Allah tolong.

Kadang kadang benda yang kita tak suka tu yang kita dapat. Sebab apa?

''boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu,dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.dan (ingatlah) Allah jualah yang mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya.''

(Surah Al-Baqarah ayat 216)